Tuesday, March 17, 2009

FAKTOR KEJAYAAN FRANCAISI


Pada pendapat saya, di antara penyebab yang menyumbang kearah kejayaan seseorang francaisi adalah seperti berikut:


1)Memilih francaisor dan sistem francais yang telah terbukti mempunyai rekod kejayaan yang cemerlang.

2)Memilih produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan minat, latar belakang dan kecenderungan francaisi

berkenaan.

3)Mempunyai sikap positif yang berterusan , motivasi yang tinggi dan sanggup bekerja keras.

4)Mempunyai hala tuju yang jelas dan melaksanakan sendiri penyelidikan, perancangan dan pelan perniagaan

yang realistik.

5)Mempunyai modal yang mencukupi, sesuai dengan kos pelaburan yang diperlukan. Mengharapkan pinjaman

bank 100 peratus walau dengan apa cara sekalipun, adalah sesuatu yang tidak praktikal.

6)Pinjaman yang terlalu besar bukan sahaja menuntut pembayaran balik yang tinggi dan mendedahkan kepada

masalah aliran tunai, bahkan tidak mungkin akan dapat melahirkan francaisi yang benar-benar komited.

Francaisi seharusnya bersedia untuk menyediakan modal sendiri sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kos

pelaburan keseluruhan.

7)Memiliki dan menjalankan sendiri perniagaan francais berkenaan secara sepenuh masa (tidak mengharapkan

kepada pengurus atau orang lain yang menguruskan operasi harian perniagaan tersebut).

8)Berdasarkan pengalaman, komitmen pengurus selalunya tidak setinggi komitmen francaisi yang merupakan

usahawan yang membuat pelaburan di dalam perniagaan berkenaan.

9)Begitu juga dari aspek hubungan dengan francaisor, pengurus selalunya tidak berada di kedudukan untuk

membuat dan melaksanakan keputusan dengan cepat, dan ini menyukarkan hubungan francaisi-francaisor;

10)Mematuhi sistem yang ditetapkan sebagaimana yang termaktub di dalam manual-manual operasi, pemasaran

dan latihan yang disediakan oleh francaisor.

11)Percubaan untuk menyimpang daripada sistem yang ditetapkan (yang selalunya telah terbukti kejayaannya)

bukan sahaja memungkinkan kegagalan operasi, bahkan akan menyebabkan berlakunya hubungan renggang

di antara francaisor dan francaisi yang akhirnya boleh membawa kepada konflik dan penamatan perjanjian;

12)Mempunyai keupayaan komunikasi dan melaksanakan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keupayaan
menjalinkan hubungan komunikasi yang baik diperlukan bukan setakat di antara francaisi dengan pelanggan,
tetapi juga dengan francaisor, pembekal, pihak-pihak berkuasa dan francaisi-francaisi yang lain.

Otai franchaise sentiasa memberi tunjuk ajar kepada francaisi. Kami mempunyai pasukan yang sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan francaisi.

Untuk maklumat lanjut. 03 -410 77 363 / 410 78 363 (elis)





Wednesday, March 11, 2009

SEJARAH FRANCAIS

Apa yang saya nak kongsi adalah sumber yang saya dapat dari internet. Sejarah francais bermula sekitar 1850 di mana seorang bangsa jerman Isaac Singer pengasas Singer Sewing Machine Company.[1]. telah memperbaharui rekaan mesin jahit. Beliau ingin memasarkan mesin jahit beliau ke Amerika, apa yang dilakukan oleh beliau adalah mewujudkan perjanjian pengedaran di Amerika. Selepas peristiwa ini banyak syarikat telah menjalinkan persefahaman untuk mewujudkan pusat pengedaran di negara lain.
Kalau di lihat semula mewujudkan pusat pengedaran adalah asas kepada francais. Sistem francais moden makanan segera telah diperkenalkan pada 1935 oleh A&W Root Beer.[4] yang ketika itu di miliki oleh Howard Deering Johnson dan Reginald Spragu. Beliau telah mencetuskan idea sistem francais makanan segera, dimana pengelola restoran boleh menggunakan jenama ,pembekal ,rekabentuk ,logo dan reka betuk dalam sebagai pertukaran fi/yuran yang di bayar.
Dari sinilah tercetus francais yang tersohor seperti burger king, mc donald dan banyak lagi francais makanan segera.
Di Malaysia program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Didorong oleh faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi negara, Malaysia dilihat berpotensi untuk membangunkan francais. Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan.
Maka Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi utama iaitu promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan.
Pada pendapat saya perkembangan francais di malaysia berkembang dengan pesatnyer. Eloklah kita rebut peluang untuk membuka francais kerana ianya telah terbukti sebagai satu sistem yang berdaya saing dan berjaya.

Thursday, March 5, 2009

MENILAI SESUATU FRANCAISOR..

Hari ini saya akan cuba membawa semua orang bagaimana menilai sesebuah francais sebelum melabur di dalam francais tersebut. Sebelum melaburkan didalam sesebuah francais ada beberapa perkara yang perlu di ambil berat oleh seseorang individu. Antaranya adalah.

1) Apakah Kekuatan Syarikat tersebut?
2)Berapa ramaikah francaisi yang telah dilahirkan ?
3)Bagaimana francaisor membantu francaisi?
4)Adakah Francaisor menyediakan khidmat nasihat?
5)Bagaimanakah seorang francaisor mentafsirkan kegagalan francaisi?

Otai franchaise merupakan sebuah syarikat francais yang menjalankan francais burger.Otai Franchaise telah melahirkan sebanyak 46 francaisi, yang mana ianya membabitkan 176 kiosk.
OTAI membawa maksud Tempat Ambil Ilmu yang mana ia menekankan tentang perlunya ilmu didalam perniagaan.

Maklumat OTAI - 03 -410 77 363 / 410 78 363 (elis)

Wednesday, March 4, 2009

Apa itu francais..

Sekarang rata-rata orang asyik bercakap tentang francais. Semua orang kat business dia francais. Baru-baru ini saya menghadiri satu sesi di salah sebuah syarikat MLM di Ibu kota. Mereka pun mengatakan bahawa mereka juga buat francais.. Wah!!!!! MLM pun francais jugak.
Apa yang saya nak berkongsi adalah pengalaman dan pengetahuan saya selama saya berada di Otai Training.
Francais di malaysia, cukup baru. Akta francais mula di gubal pada tahun 1998. Francais boleh di definasikan sebagai satu cara atau sistem perniagaan yang di kongsikan bersama kepada ahli-ahli perniagaan yang ingin menceburi sesebuah francais. Ianya merangkumi perjanjian dua hala dari francaisor dan francaisi, pembayaran royalti, pembayaran yuran dan pembekalan bahan mentah.
Selalunya bila orang cakap pasal francais ramai akan mentafsirkan sebagai "kor buat macam aku buat , barang aku punya, kor niagajer nanti bulan-bulan aku amik yuran..." Jenis perniagaan ini mirip kepada licesing(lesen).
Pastikan jangan salah tafsir tentang perkataan FRANCAIS. Insyallah saya akan menulis tentang bagaimana sebenarnya kita menilai sesebuah syarikat Francais sebelum kita melabur didalam perniagaan tersebut.